Assalamualaikum dan salam bahagia.
Topik ni sangat best sebabnya saya ada pengalaman bekerja makan gaji sebelum ini. Dan kini sepenuh masa kerja dari rumah sebagai suri rumah dan buat bisnes Shaklee secara online.
Bagaimana saya bermula bekerja dari rumah? Kisahnya bermula pada tahun 2011 di mana saya mula menjadi pengguna Shaklee dan menjadi dealer Shaklee secara part time sahaja. Masa tu saya masih bekerja kerajaan sebagai Pegawai Kastam.
Sambil saya consume produk saya seronok berkongsi kebaikan produk Shaklee di media sosial facebook pada ketika itu sangatlah mudah. Kebetulan kawan-kawab yang sama bekerja nampak perkongsian saya di facebook mereka bertanyakan tentang Shaklee.
Saya lebih fokus kongsi tentang set menyusu Shaklee ketika itu. Di mana saya sedang menyusukan anak saya Qaireen (kini Qaireen dah berusia 13 tahun). Pejam celik dah 12 tahun menjadi pengguna dan pengedar Shaklee. Syukur Alhamdulillah.
Pada bulan September 2013, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan tekad untuk bekerja dari rumah. Kebetulan rezeki saya bersama Shaklee kian bertambah dan berkembang. Saya juga berimpian ingat menjadi ‘Work At Home Mom’ sambil jaga anak sambil bisnes dari rumah.
Pengalaman bekerja dari rumah ni adalah suatu pengalaman berharga. Sambil mengurus rumahtangga dapat jana income bersama Shaklee. Kini sudah 10 tahun saya bergelar suri rumah bergaji.
Dengan kemudahan website shaklee sangat memudahkan urusan buat semua pengguna. Ia mudahkan urusan bisnes Shaklee buat suri rumah. Hanya secara online sahaja urusan bisnes Shaklee dapat dilakukan dengan lancar.
Tiada stok di tangan jangan risau kalian hanya perlu membuat belian secara online sahaja. Pembungkusan dan pengeposan semua Shaklee urusan. Company Shaklee sendiri mengadakan kelas secara online tentang produk.
Malah leader dan upline Master team kami juga menyediakan online untuk tips bisnes dan kelas produk kepada team. In shaa Allah ia sangat membantu kita semua dalam mendalami bisnes Shaklee.
Kelas Online Shaklee |
Saya juga mempunyai team bisnes di bawah organisasi juga. Dengan bisnes online tiada batasan dengan siapa kita berkongsi di media sosial samada di Facebook, Instagram, Tiktok atau yang lain.
Jika anda suri rumah jangan pernah merasa rendah diri jika tidak makan gaji. Menjadi suri rumah juga adalah satu kerja yang murni yang tak ramai para isteri yang mampu lakukan.
Para suri rumah yang berkeinginan menjana pendapatan secara online bersama Shaklee saya alu-alukan bersama team kami. Sekiranya kalian pengguna Shaklee amatlah mudah untuk berkongsi manfaat dan testimoni yang kalian amalkan.
Dengan modal yuran ahli serendah RM35 kalian dah boleh bermula bisnes Shaklee secara online
Ulasan
Catat Ulasan