Teringat masa mula-mula terjebak dalam Shaklee pada bulan Mac tahun 2011 adalah sebagai pengguna je dengan pembelian set menyusu Shaklee dengan dealer. Masa tu anak pertama saya berusia 3 bulan. Saya beli untuk persediaan sebelum masuk kerja bagi perjalanan penyusuan saya lancar dan dapat buat stok susu banyak.
Bila dah dapat kesan best pada diri selain effect susu banyak saya perasan dari segi kesihatan saya pun bertambah baik. Kemudian bulan depannya pula saya terus decide nak jadi ahli Shaklee dan buat bisnes juga. Saya terus hubungi semula dealer tu yang kini upline saya sendiri Master Norita.
Awalnya saya bisnes suka-suka sambil bekerja. Dapatlah duit tambahan yang bolehlah nak tampung perbelanjaan back up bersama suami. Bisnes online Shaklee ni saya kongsikan melalui penulisan di blog dan juga facebook. Saya tak reti bercerita mulut ke mulut. Masa tu belum ada ig, tiktok dan segala bagai socmed macam sekarang ni.
Jom join ahli Shaklee |
9 sebab kenapa pilih Bisnes Shaklee |
Alhamdulillah berkat saya kongsi di blog dan facebook ramai juga kawan2 dan customer mula membeli dan dapat manfaat. Dari situ juga ramai yang berminat nak jadi ahli Shaklee samada makan sendiri mahupun bisnes.
Dari sekadar bisnes part time sambil bekerja. Kemudian saya nekad berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan anak dan kekangan masa juga masa tu dalam uruskan bisnes dan pekerjaan. Saya memilih bekerja dari rumah dan uruskan Shaklee secara online secara sepenuh masa.
Dengan adanya hp (rata-rata semua hp dah canggihkan) semuanya jadi mudah untuk bisnes Shaklee. Kalian yang bekerja boleh je buat secara part time. Suri rumah juga sangat-sangatlah dialu-alukan dengan adanya sistem website Shaklee yang mudah semua orang boleh lakukan termasuk student juga tau. Oleh itu, Shaklee boleh dikatakan bisnes online terbaik Malaysia.
Kelebihan Bisnes Online Shaklee
1. Website Shaklee
Selepas mendaftar ahli Shaklee, kalian akan mendapat no id Shaklee dan password. Kemudian boleh akses di website Shaklee www.shaklee.com.my untuk login id shaklee sendiri.
Login Id shaklee di website Shaklee |
2. Pengurusan Stok
Pengurusan stok dan pengeposan barang ke customer pihak Shaklee yang uruskan. Yes! Yang nilah paling ramai suka sebab bisnes online shaklee mudah. Jika tiada stok di tangan mahupun modal besar. Pengeposan siap ada insurans cover jika hilang atau rosak shaklee akan ganti semula.
Segalanya hujung jari je , kalian boleh login id Shaklee kemudian urusan pembelian secara online sahaja terus ke alamat customer. Mudahkan jimat masa dan tenaga tak perlu keluar pergi pos barang.
Kotak Shaklee diseal dengan baik mengandungi produk shaklee yang telah selamat sampai kepada penerima |
3. Channel telegram Hq Shaklee
Shaklee Malaysia juga menyediakan channel telegram khas semua ahli Shaklee untuk terus update promo terkini dan info-info berkaitan Shaklee. Semua ahli Shaklee boleh gunakan gambar- gambar yang disediakan pihak Hq untuk kegunaan promote.
Channel telegram Shaklee Malaysia |
4. Channel telegram gambar dan video produk
Banyak channel telegram rujukan dan kegunaan ahli untuk gambar-gambar produk dan video bertujuan untuk kegunaan iklan di medsoc masing-masing bagi yang bisnes. Mudah sangat bila ada channel ni tau. Yang bagusnya ahli shaklee yang lain turut berkongsi poster dan video untuk kegunaan bersama. Bestkan ukhwah Shaklee kami!
5. Kelas Online Shaklee
Kelas online Shaklee melalui zoom meeting diadakan 1@2 kali seminggu. Atau sekurang-kurangkan 4 kali sebulan. Kelas ni dianjurkan leader Shaklee atau pihak Hq Shaklee sendiri. Tak perlu dah nak kena pergi kelas jauh-jauh. Ada hp dan cukup data boleh je attend meeting online ni.
Kelas zoom meeting online Shaklee |
6. Grup support bisnes
Grup support bisnes di Facebook, Whatsapp dan Telegram oleh leader dan upline Shaklee untuk update promo Shaklee, consultation mahupun kelas-kelas online yang dikongsikan.
7. Bimbingan dari yang pakar
Dengan bisnes Shaklee ini saya dan ramai yang dah nikmati income Shaklee bonus 3-4 angka sebulan. Malah 5 angka pun ada yang dapat capai. Selain bonus Shaklee , untung runcit juga kita boleh dapati untuk setiap jualan kepada bukan ahli.
Ada yang tengah cari bisnes part time ke? In shaa Allah saya sedia membantu untuk sama-sama dalam bisnes online Shaklee ini. Sambil consume produk sambil berkongsi manfaat produk.
Ulasan
Catat Ulasan