Assalamualaikum dan salam bahagia.
Cerita pasal travel ni saya suka nak kongsikan pengalaman peribadi pulang ke kampung suami di Kelantan. Kami menetap di Selangor. Mak saya sendiri menetap di Bukit Gambir, Johor. Jadi perjalanan travel kampung saya dan suami teramatlah jauh bezanya.
Masa mula-mula kahwin rasanya ok lagi jalan jauh naik kereta. Jika ada rezeki lebih bolehlah naik flight. Namun bila naik kereta sebenarnya rasa lebih seronok dan adventure.
Dapat melalui jalan-jalan kampung malah merentasi beberapa buah negeri di Pantai Timur melalui Pahang dan Terengganu. Nak balik semula ke Selangor pula kami boleh pilih laluan Cameron dan Perak. Biasalah kalau dah lalu negeri orang mestilah ada sesi menyinggah makan.
Bila dah jalan jauh pulang kampung suami ada cabarannya juga. Perjalanan jauh ambil masa 8 jam jika bukan musim perayaan. Jika musim perayaan bersiap sedialah jalan sesak ambil masa 12-16 jam juga. Mau kebas punggung duduk kereta lama-lama. Haha
So kat sini saya suka nak kongsikan tips travel perjalanan pulang ke kampung yang jauh berjam macam ni. Mestilah ramai ada pengalaman sendiri kan. Tapi ada je tak pernah lalui travel berejam dalan kereta terutama mereka yang tak pernah ke Pantai Timur. Ye tak? Hihi terutama sekali adik beradik saya lah.
TIPS TRAVEL PULANG KAMPUNG SUAMI DI KELANTAN
1. Jika nak elakkan kesesakan terutama pulang di musim perayaan seeloknya balik awal 3 atau 4 hari sebelum tarikh hari raya. Yang ni kami dah laluinya balik awal untuk elak jalan sesak.
2. Bertolak dari rumah sebaiknya sebelum waktu subuh. Disebabkan perjalanan jauh balik Kelantan ambil masa 8-12 jam. Jadi bertolak sebelum subuh jika mahu sampai destinasi waktu petang atau tidak terlalu lewat sampai malam.
3. Bertolak pada waktu malam. Pengalaman suami bawa kereta waktu malam sebenarnya memerlukan waktu rehat dia yang cukup waktu siang. Bila bertolak malam sebenarnya anak-anak hanya tidur dalam kereta. Sampai-sampai kampung dah pagi. Takdelah siang asyik tanya bila nak sampai. Haha. Jenuh juga nak menjawab.
4. Sediakan tempat selesa dalam kereta. Biasanya suami akan hamparkan toto di tempat duduk belakang untuk dijadikan tempat tidur anak-anak. Ni pun saya sendiri duk baring juga. Tukar tempat co pilot dengan anak. Hehe
Nak letak toto tu ni kenalah adjust letak barang-barang di tempat letak kaki supaya toto tu sama aras dengan seat tu. Faham ke tidak ye? Haha
5. Beli kudap-kudapan untuk makan di dalam kereta. Ada masa nak menguyah dan makan ringan. Perjalanan jauh tak perlulah nak kena berhenti tiap masa untuk beli makanan. Hanya berhenti jika hendak solat, makan berat mahupun nak ke bilik air.
6. Pastikan isi minyak penuh. Haa yang ni mestilah nak pi travel ke mana-mana kena isi minyak bagi penuhkan. Disebabkan laluan balik ke Kelantan ada kawasan sunyi dan tiada stesen minyak pastikan isi minyak dulu jika dah berkurang ye.
7. Bawa ubat-ubatan dan minyak panas/gamat. Perjalanan jauh sebenarnya sangat memenatkan terutama sekali pemandu. Penumpang pun penat juga. Hehe.
Jadi pengalaman kami ada tu tiba-tiba sakit kepala, rasa nak demam, sakit perut cirit birit. Perkara tak dijangkakan. Jadi kenalah standby ubat atau minyak sapu luaran.
8. Bawa supplement Shaklee. Yang ni item wajib saya bawa untuk keluarga. Ni sihat ke sakit memang kami amalkan. Vitamin Shaklee penting untuk kuatkan imun badan, tambah tenaga, melegakan rasa letih lenguh perjalanan jauh.
Antara supplement Shaklee yang saya bawa ketika balik kampung
Vitamin C dan Nutriferon- bagus untuk kuatkan imun badan
Ostenutrix & Omega Guard - bagus melegakan rasa lenguh dan bagus untuk melegakan sendi kita yang sakit-
Hero Kiddo & Chew C - vitamin untuk anak-anak bagus untuk perlindungan imun mereka
Lecithin , Herblax Alfalfa - yang ni sebagai vitamin untuk detox dan singkirkan lemak. Yang ni set kurus sebenarnya standby bawa. Bagus untuk pembuangan lancar. Biasalah kalau balik makan sedapkan. Hihi
Semoga tips travel ini dapat membantu buat mereka yang first time yang jaln jauh naik kereta ni. Semoga membantu!
Ulasan
Catat Ulasan