Petua Hilangkan Jeragat

Apa itu jeragat? Jeragat atau dalam bahasa perubatannya adalah dikenali sebagai open comedo.




Ia kelihatan seperti tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka anda terutamanya pada dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.

Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal dan ini mungkin akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata. 

Dalam pada itu, wajar untuk kita ketahui apa punca jeragat yang sebenar, antaranya:

  • Genetik
  • Sinaran ultra ungu (A, B dan C)
  • Perubahan hormon
  • Pengambilan ubat
  • Penggunaan kosmetik

Ada beberapa tips yang kita boleh cuba untuk atasi masalah jeragat. Mana tahu boleh membantu. Jimat pun jimat. Jom baca petua hilangkan jeragat.


Petua Hilangkan Jeragat


1. Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Campurkan daun lidah buaya dengan madu. Kemudian sapukan pada bahagian jeragat di muka. Biarkan selama 20-30 minit . Kemudian bilas muka. Lalukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

2. Cuka Epal

Cuka epal bersifat asteigen mampu mengeluarkan minyak berlebihan pada wajah. 

Campurkan 1 sudu kecil cuka epa dan air. Gunakan ia sebagai pencuci muka dan bilas. Lakukan hanya 1 minggu sekali. 

Namun ia tidak boleh diamalkan selalu kerana ia bersifat asid boleh menyebabkan hakisan pada wajah.

3. Lemon

Jus lemon mengandungi vitamin c dan asid sitrik yang sangat membantu atasi masalah pigmentasi pada kulit.

Caranya gunakan 2-3 sudu teh lemon dan sapukan di bahagian muka yang berjeragat. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih, Lakukan 2 kali sehari.

Selain itu boleh cuba gunakan hirisan lemon yang dicampur madu. Kemudian letak di muka biarkan selama 10 minit kemudian bilas air bersih.

4. Air Kelapa

Bersihkan muka dan cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri kemudian bilas air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Air kelapa mengandungi asid yang bagus merawat kulit muka.

5. Kulit Kayu Manis

Tumbuk kulit kayu menjadi serbuk. Ambil 1 sudu kecil dan sedikit madu dan kacau sebati. Kemudian sapukan pada muka untuk dijadikan sebagai mask( topeng muka). Biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Boleh amalkan 2 kali seminggu.

6. Teh hijau

Menurut kajian, teh hijau bagus untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan menghalang penyerapan adrogen dalam kulit.

Caranya boleh gunakan ia sebagai scrub wajau ataupun masker. Uncang teh hijau juga boleh direndam ke dalam air panas. Kemudian tuam uncang teh itu secara lembut di kawasan jeragat.


Kalau ikutkan banyak petua jeragat yang ramai kongsikan sebenarnya. Cukuplah 6 petua hilangkan jeragat ni yang sangat mudah didapati dan bolehlah anda amalkan selepas ini. Selamat mencuba!






Ulasan