Kata-kata Motivasi | Bersabar

Setiap dari kita pasti melalui pelbagai ujian dan dugaan di dalam hidup. Sabar dan tabah ketika diuji salah satu cara untuk terus bertahan dalam menghadapi setiap dugaan. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana tidak semua yang mampu menjadi sabar.

Kita boleh berkata dengan orang yang hadapi ujian itu untuk bersabar. Namun bahu yang memikul ujian tersebut dibelenggu rasa sedih dengan nasib yang menimpa. Samada rasa ingin putus asa atau tetap sabar dalam menempuh ujian tersebut. 

Cerita tentang ujian saya sendiri melalui pelbagai ujian dan dugaan. Tipulah kadangkala rasa tidak kuat untuk laluinya. Ujian dalam kehidupan, dalam rumahtangga , pekerjaan malah dalam berniaga. Apa kita lalui tak semuanya indah manis belaka. Adakala disulami rasa pahit yang datang. 

Sebenarnya ujian itu mengajar diri lebih rasa ingin mendekatkan diri pada Allah. Ujian dilalui tak mudah. Menangislah sepuasnya dan mengadu berdoa kepada Allah. Kita sebagai hamba Allah kena yakin setiap dugaan Allah beri pasti diganti dengan hikmah kemudian harinya.




Apa yang saya nampak bila kita bersabar Allah tunjukkan jalan satu persatu. Kata-kata motivasi bersabar kuncinya. Ia mendidik jiwa kita walaupun diuji kita patut lebih rasa bersyukur Allah masih panjangkan umur untuk kita terus nikmati bersama insan tersayang. 

Ingatkah di saat kita rasa kita hebat diuji ada lagi insan lagi yang hebat ujiannya. Salah satu cara nak rasa lebih bersyukur pada diri saya sarankan tengok video penduduk Palestin ke atau negara yang bergolak. Saya pantang tengok video kesusahan mereka pasti air mata mengalir. 




Kehidupan mereka betul-betul menginsafkan diri untuk lebih rasa bersyukur. Mereka lagi susah daripada kita. Tak cukup makan dan tempat tinggal yang dhaif. Betulkan? Kita masih lagi ada tempat tinggal dan cukup makan. 

Jadi jom kuat dan sabar dalam hadapi dugaan! In shaa Allah pasti Allah gantikan dengan rezeki hebat berganda buat kita semua. 


Ulasan