Assalamualaikum dan salam bahagia.
Selagi belum habis raya jemputan hari raya open house ada je setiap minggu. Malah, yang bekerja pun tak kurang juga buat jamuan raya setiap bahagian di dalam pejabat masing-masingjan. Yelah sebab saya pernah bekerja dalam pejabat besar memang sakan kami sambut raya. Hihi.
Nak cerita pasal hari raya open house bukanlah ada pergi rumah siapa pun. Tapi open house masjid tau. Alhamdulillah rezeki penduduk ahli kariah Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang adakan jamuan hari raya besar-besaran di masjid pada 13 Mei 2023.
Yang bagusnya masjid sini memjemput penduduk setempat termasuk non muslim untuk turut sama menyertai jamuan raya. Tahniah Masjid Nurul Iman kerana anjurkan majlis ini tanpa mengira agama.
Saya dan suami |
Majlis ni bermula 5 petang selepas solat asar. Kebetulan rumah kami dekat dengan masjid jadi terus solat di masjid dan selesai tu terus jamuan makan. Kalau sebut makan laju jekan. Yang datang masjid pun ramai masa ni. Hihi
Jumpa kawan lama yang turut buat bisnes shaklee |
Dah namanya jamuan raya juadah raya pun meriah juga dengan adanya menu nasi empet, rendang ayam, kuah kacang, mi goreng, nasi goreng, mi kari, rojak dan kambing bakar. Kenyang betulllah makan para tetamu yang datang boleh makan bermacam juadah.
Anak- anak dan kawan kakak |
Ulasan
Catat Ulasan