Hari Raya Open House Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Selagi belum habis raya jemputan hari raya open house ada je setiap minggu. Malah, yang bekerja pun tak kurang juga buat jamuan raya setiap bahagian di dalam pejabat masing-masingjan. Yelah sebab saya pernah bekerja dalam pejabat besar memang sakan kami sambut raya. Hihi.

Nak cerita pasal hari raya open house bukanlah ada pergi rumah siapa pun. Tapi open house masjid tau. Alhamdulillah rezeki penduduk ahli kariah Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang adakan jamuan hari raya besar-besaran di masjid pada 13 Mei 2023.

Yang bagusnya masjid sini memjemput penduduk setempat termasuk non muslim untuk turut sama menyertai jamuan raya. Tahniah Masjid Nurul Iman kerana anjurkan majlis ini tanpa mengira agama. 


Hari Raya Open House Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang
Saya dan suami


Majlis ni bermula 5 petang selepas solat asar. Kebetulan rumah kami dekat dengan masjid jadi terus solat di masjid dan selesai tu terus jamuan makan. Kalau sebut makan laju jekan. Yang datang masjid pun ramai masa ni. Hihi


Hari Raya Open House Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang
Jumpa kawan lama yang turut buat bisnes shaklee


Dah namanya jamuan raya juadah raya pun meriah juga dengan adanya menu nasi empet, rendang ayam, kuah kacang, mi goreng, nasi goreng, mi kari, rojak dan kambing bakar. Kenyang betulllah makan para tetamu yang datang boleh makan bermacam juadah.

Hari Raya Open House Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang
Anak- anak dan kawan kakak


Raya ni ramai juga yang mengadu berat badan naiklah. Kolestrol pun naik jugalah. Alamak nak buat macam mana. Kalau kita sendiri tak kawal pemakanan memang jadi begitulah. Saya pun nak share produk ini semoga membantu kalian ikhtiar dan turunkan berat dan jaga kesihatan dalaman.

Hari Raya Open House Masjid Nurul Iman Teluk Gadong, Klang
Gabungan lecithin dan Omega Guard


Lecithin dan Omega kedua-duanya bagus untuk mempercepatkan pembakaran lemak, membantu menghalang pembentukan lemak yang berlebihan serta membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam badan. So lepas ni boleh amalkan 2 ni tau.


Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM390 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Boleh terus hubungi saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Jemput follow
FACEBOOK  : Raihan Idris
INSTAGRAM : Shaklee.bykakrehan
TIKTOK         raihan_785




Ulasan