VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Dengar je Vitamin C mesti ramai tahu kebaikannya bagus untuk kulit sihat dan cantik. Sebab tu ada bermacam-macam produk berasaskan vitamin c samada suplemen, skincare mahupun injection vitamin c pun ada.

Namun dah ramai juga tau keperluan Vitamin C bukan untuk kulit sahaja. Malah permintaan Vitamin C  Shaklee menjadi viral dan sangat tinggi disebabkan virus covid19 yang melanda Malaysia pada tahun 2020.

Vitamin C menjadi salah satu rawatan pencegahan dalam mengukuhkan sistem imun badan kita. Pengambilan Vitamin C dah jadi keperluan kini untuk melindungi diri.

Pengalaman saya sendiri yang dah amalkan Vitamin C Shaklee sejak Mac 2011 lagi. Banyak manfaat yang saya dapat sampai terus setia hingga kini. Kalau skip or tinggal makan memang rasa lain macam rasanya.

MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE YANG KAMI SEKELUARGA DAPAT 

- kulit saya lebih sihat tanpa masalah jerawat. Malah kulit jadi cerah jika sunburn cepat recover. Kulit jadi lebih anjal dan kedutan di muka belum ada walau usia menginjak lewat 30-an. Nak awet muda konsisten amalkan tau.

- kuatkan imun badan saya dan seisi keluarga. Kami sekeluarga jarang demam, selsema dan batuk. Jika alami selsema sangat bantu legakan selsema cepat kering. 

- sembuhkan luka bersalin dengan cepat sewaktu berpantang pada tahun 2017 anak kedua. Dalam tempoh 2 minggu luka bersalin (normal) dah kering.

- bantu untuk penyusuan baby. Baby pun dapat khasiat juga bantu kuatkan imun badan dia juga.

VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK
Manfaat Vitamin C Shaklee


5 KEBAIKAN UTAMA VITAMIN C

1. Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. 

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan. 

VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK
Membantu dalam pembentukan kolagen


2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.


VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK
Bertindak sebagai antihistamine semulajadi


3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyakproduk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV. 

4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. 

Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.


VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK
Membantu dalam Menyembuhkan Luka


5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. 

Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. 

Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Jom dapatkan Vitamin C Shaklee mulai sekarang untuk nikmati pelbagai manfaat yang bagus untu kesihatan sekeluarga.

Vitamin C Shaklee


Berminat nak cuba?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM390 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Boleh terus hubungi saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Jemput follow
FACEBOOK  : Raihan Idris
INSTAGRAM : Shaklee.bykakrehan
TIKTOK         raihan_785
 

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Ulasan