Assalamualaikum dan salam bahagia.
Saya nak kongsikan pengalaman sendiri alami kena sakit kayap ketika mengandung. Masa tu tengah mengandungkan Mikhail tahun 2017 dan masa tu saya tengah sarat jugalah 8 bulan kehamilan. Allah sahaja yang tahu sakitnya bila kena kayap ni.
Kisahnya saya perasan kat bahagian dahi belah kanan timbul merah-merah beberapa tompok. Masa tu just fikir mungkin jerawat ngada-ngadalah nak keluar dah hujung-hujung nak bersalin. Tapi esoknya makin teruk bila jadi berair dan makin membesar.
Tunjuk dekat encik suami. Dia bagitau macam kena gigit semut charlie. Bila google tengok kes kena gigit semut ni teruknya. Ada lagi teruk. Allah seramnya lagi. Masa kena ni dah rasa lain macam je kepala sakit denyut dan rasa bengkak bahagian tepi dan belakang telinga.
Merah-merah gatal |
Ngadu kat suami sebab rasa tak selesa dan sakit sangat. Then decide nak pergi klinik juga walaupun ada yang suggest just pergi farmasi tanya krim untuk gigitan semut charlie. Sebab dah tak boleh tahan sakit denyut-denyut tu.
Jadi kami pun ke klinik. Masa tu doktor ingat nak scan baby sebab tengok raihan mengandungkan tapi sebenarnya nak tunjuk muka ni teruk benar dah. Doktor tengok dan terus kata.. oo..ni shingles. Terkebil-kebil saya dan suami..amende tu...haha. Bahasa melayunya kayap rupanya.
Terkejutlah tak pernah terfikir nak jadi kat diri ni. Allah uji masa mengandung ni. Doktor bagitau memang akan rasa sakit denyut-denyut merenyam. Sebab ia libatkan saraf bengkak. Doktor ni best kalau explain memang panjang lebar. Walaupun lama tak pergi klinik tapi klinik ni antara klinik terbaik dari segi consultation Doktor Wan Elina tu.
Doktor bagitau juga siapa yang pernah kena chicken pox risiko untuk kena kayap ni pun ada. Sebab ia dari virus yang sama. Tapi tak ingat kecik2 ada kena chicken pox ke. Doktor consult minum air kelapa muda dan bekalkan ubat.
Alhamdulillah seminggu juga makin beransur pulih saya amalkan supplement Shaklee je. Ubat tak ambil sebab tak berani masa tu tengah mengandungkan. Untuk luaran jelah saya letak krim sapu dan ubat cuci klinik kat tempat kayap tu.
Ubat luaran dan panadol klinik. |
Doktor bagi paracetamol juga kata selamat untuk ibu hamil. Tapi sebab saya sendiri pun tak yakin. So better ambil yang selamat. Sebab saya amalkan Vitamin Shaklee sedia ada dengan upkan dos. Bagus untuk imun badan juga.
Testimoni Shaklee saya pun memang amalkan set hamil Shaklee macam biasa. Vitalea, B Complex, Vitamin dan Ostematrix. Masa tu saya up jumlah biji vitamin c sebab bagus untuk imun badan. Vitalea ni multivitamin bagus untuk bagi tenaga. B complex dan Ostematrix bagus untuk urat saraf yang bengkak tu. Selain bagi tahan sakit juga.
Makan pun suami yang masak mengandung ni. Menu masakan pantang. Tak pasal-pasal pantang awal.haha.. padahal due bulan depan. Memang elak makan seafood, ayam dan telur. Sayur dan buah pun pantang yang bukan sejuk.
Minum air kelapa muda juga. Suami juga tolong sapukan beras tumbuk campur bedak sejuk atas dahi. Alhamdulillah dapat suami yang penyayang..ewah!!
Ni dah tinggal kuping tapi masih gatal lagi. |
Gambar saya share kat atas dahi. Sebenarnya ada kat atas kepala kat bawah rambut pun ada. Luka kayap menyorok kat situ. hehe.. Mujurlah tersorok kalau tak jenuh nak hilangkan parut. hihi... Ramai yang suggest pergi ubat tradisional or berubat dengan ustaz.
Paling kelakar petua cari janda kahwin dengan bujang. Suruh kunyah sirih pastu sembur kat tempat kayap. Geli pulak dengar. Haha. Suami memang tak benarkanlah. Baik ikhtiar lain sebab petua pelik-pelik. Mana petua boleh ikut tu memang ikut.
Penyakit kayap ni berkaitan imun badan kita sebenarnya. Jadi rujuklah pada doktor dan saya pun ikhtiar dengan produk Shaklee sebab lebih selamat. Banyak juga testimoni Shaklee dengan amalkan produk Shaklee ni.
Set Kayap Shaklee Credit pic www.zianaeunos.com |
Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM390 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍
Boleh terus hubungi saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap
Jemput follow
FACEBOOK : Raihan Idris
INSTAGRAM : Shaklee.bykakrehan
TIKTOK : raihan_785
Ulasan
Catat Ulasan