Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Sebut tentang impian pastinya setiap orang ada impian tersendirikan. Saya pun macam semua orang juga ada impian yang ingin dicapai. Alhamdulillah rezeki berbisnes dalam Shaklee sejak tahun 2011 Allah izinkan beberapa impian yang sudah tercapai dan ada juga yang belum tertunai.
Walaupun begitu saya tetap ingin berkongsi antara impian yang ingin dikecapi. Pastinya impian tersebut saya impikan untuk bersama keluarga tercinta. In shaa Allah jom semua doakan impian saya dan impian kalian pun tercapai. Amin
Impian Dengan Shaklee
1. Nikmat Sihat
Disebabkan Shaklee ni company yang menjual produk kesihatan pastinya saya ingin memastikan tahap kesihatan diri dan keluarga pada tahap yang baik. Pengalaman diri yang pernah alami masalah kesihatan dan berkat konsisten amalkan Shaklee Alhamdulillah ada perubahan baik. Kami sekeluarga pun jarang jatuh sakit.
2. Kebebasan Kewangan
Bisnes Shaklee platform suri rumah mahupun mereka yang bekerjaya untuk jana income secara part time atau fulltime. Pastinya saya sendiri mengimpikan income Shaklee yang besar. Semoga dengan income besar dapat menjadi pembayar zakat terbesar, dapat bersedekah tanpa perlu berkira.
Malah dapat berbelanja untuk keluarga penuhi impian mak, mak mertua, sendiri, suami dan anak-anak. Dalam bisnes Shaklee sebenarnya banyak bonus Shaklee tawarkan selain untung runcit.
3. Kebebasan Masa
Saya pernah bekerja sambil bisnes Shaklee bermula tahun 2011. Alhamdulillah rezki bersama Shaklee dengan income stabil masa tu. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerja fokus pada bisnes Shaklee sambil urus keluarga dari rumah. Dah 10 tahun jadi Work At Home Mom.
Sejujurnya bila kerja sendiri ni tak perlu fikir apply cuti atau cuti takm cukup. Pastinya tak perlu serabut fikir turn siapa nak kena cuti raya dulu dan kemudian.hehe. Pengalaman masa kerja bila anak sakit pun kita dah resah bila cuti berkurang atau habis. Sekarang tak perlu risau dah.
4. Menunaikan Umrah Bersama Keluarga
Pengalaman menunaikan Umrah sebanyak 3 kali bersama keluarga merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 1 kali pergi sendiri pada Januari 2014 dan 2 kali tajaan Shaklee. Masa tu Allah kurniakan rezeki hebat tak terduga dapat pergi bersama suami dan anak (Qaireen) tunaikan umrah ziarah Instanbul (Disember 2014) dan Umrah ziarah Dubai (Disember 2015).
Umrah Shaklee |
5. Melancong di dalam dan luar negara
Saya suka berjalan dan travel dengan keluarga. Sambil berjalan sambil menikmati pemandangan dan makanan di sesuatu tempat sangat mengujakan. Pengalaman melihat negara luar reward Shaklee di Istanbul, Turki dan Dubai-Abu Dhabi adalah pengalaman paling berharga tengok negara luar tanpa mengeluarkan kos apa pun. Hanya bawa duit belanja je. Siapa yang nak bagi freekan.
Di Instanbul Turki |
In shaa Allah semoga ada rezeki lagi dapat menikmati percutian percuma bersama Shaklee. Banyak tempat yang Shaklee tawarkan percutian percuma setiap tahun. Antara layak atau tidak. Malah jika punya income besar dapat bercuti sendiri ke mana sahaja tempat yang diimpikan. Semua tu tak mustahil.
6. Rumah Impian
Rumahku syurgaku. Pastinya saya juga berimpian ingin memiliki rumah yang luas dan selesa untuk keluarga malah persekitaran yang baik juga diambilkira. Bila ada rumah sendiri boleh dekorasi ikut citarasa sendiri.
Contoh Rumah Impian |
Kalau nak ceritakan impian sebenarnya banyak wishlish nak disenaraikan. Orang kata jangan takut bermimpi tak rugipun. Jom kita usaha sungguh-sungguh semoga impian kita tercapai. Amin.
Ulasan
Catat Ulasan