Keperluan Nutrisi Makanan Bagi Wanita Mengandung

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Pastinya para wanita yang telah berkahwin berimpian memiliki cahaya mata sendiri. Anugerah terindah yang sangat bermakna buat pasangan suami isteri. Pastinya ketika mengandung perlu menitik beratkan kesihatan diri ibu mengandung dan juga kandungan.




Perkongsian kalini mengenai keperluan wanita mengandung dari segi jenis makanan. Para ibu mesti ambil tahu tentang ni. Bakal bapa pun tak terkecuali. Yelah nak ibu dan baby sama-sama sihatkan. Author rindu pula waktu mengandung. Hihi.

Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Mengandung

Merujuk artikel oleh Hospital Pantai melalui laman web pantai.com.my

Secara amnya, ibu hamil perlu memilih makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik.

Doktor anda mungkin menasihati anda untuk mengambil asid folik dan suplemen zat besi untuk melengkapkan keperluan harian anda.

  1. Karbohidrat
    • 7 hidangan karbohidrat.
    • Menyediakan kalori untuk menyokong keperluan tenaga anda semasa hamil.
    • Sumber karbohidrat yang sihat termasuk roti perang atau nasi, quinoa, kekacang dan oat.
    • Hadkan pengambilan karbohidrat yang sangat diproses dan ditapis seperti roti putih, pasta dan pastri.
  2. Sayur-sayuran & buah-buahan
    • 3 hidangan sayur-sayuran, 2 hidangan buah-buahan.
    • Menyediakan serat makanan (dibungkus dengan mikronutrien), vitamin, dan mineral untuk perkembangan janin.
    • Mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko preeklampsia (tekanan darah tinggi), dan diabetes semasa mengandung.
    • Buah sitrus seperti oren boleh membantu mengatasi loya.
  3. Produk tenusu
    • 2 hidangan produk tenusu.
    • Pilih susu rendah lemak, keju, yogurt.
    • Bekalkan kalsium untuk membangunkan gigi, tulang, jantung, otot dan sistem saraf bayi anda.
  4. Protein tanpa lemak
    • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging / ayam tanpa lemak, 1 hidangan kekacang.
    • Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda yang mencukupi, terutamanya otak. Ia membantu meningkatkan bekalan darah kepada bayi anda dan menyediakan badan anda untuk laktasi.
    • Sumber protein yang baik adalah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, telur dipasteurisasi, salmon, kacang dan kekacang.
    • Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda makan pelbagai jenis protein berasaskan tumbuhan untuk mendapatkan semua keperluan protein dan asid amino penting.
    • Pengambilan protein harus meningkat dengan setiap trimester kehamilan anda, antara 3.5 hingga 7 hidangan sehari.
  5. Penghidratan
    • Minum 6-8 gelas air setiap hari.
    • Jika anda suka kopi, berhati-hati dengan pengambilan kafein anda. Anda perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada satu cawan sehari atau bertukar kepada tanpa kafein sama sekali.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

  1. Makanan yang diproses tinggi yang kaya dengan lemak tepu, gula tambahan, atau natrium
  2. Alkohol
  3. Kafein
  4. Daging mentah atau makanan laut seperti sashimi
  5. Daging diproses yang tidak dimasak
  6. Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
  7. Makanan pedas
  8. Makanan berlemak yang digoreng

So mommies jika sayangkan diri dan kandungan actually boleh je nak makan sikit kalau mengidam. Namun perlulah berpada-pada. Ilmu keperluan ketika mengandung ni ramai je yang kongsi. 

Semoga sharing kalini membantu para mommies yang sedang lalui fasa kehamilan dimudahkan urusan ya!

Ulasan