Assalamualaikum dan salam bahagia.
Antara amalan doa yang bagus untuk wanita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa sebagai satu usaha dan ikhtiar pada Allah supaya perjalanan hidup kita lancar dan semoga Allah makbulkan segala doa-doa kita.
DOA AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN
"Allahumma inni as aluka 'ilman nafi'a, warizqan toyyiba, wa'amalan mutaqabbala"
Terjemahan maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESAYANGAN
"Rabbana a manna faghfirlana warhamna wa anta khairurrohimin"
Terjemahan maksud: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami. Dan sesungguhnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.
DOA MOHON REZEKI HALAL
"Allahummak fini bihala lika 'an haro mika, wa aghnini bifadhlika 'amman siwaak"
Terjemahan maksud: Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada rezeki yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu.
DOA KEKALKAN KASIH SAYANG DI ANTARA SUAMI, ISTERI & ANAK
"Yaa ayyuhallazi na a manu, is*bir waso biru waro bitu wattaqullaha la'allakum tuflihun"
*s di sini bukan 'sa' tapi 'sod' ya.
Terjemahan maksud: Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadap segala kesukaran dalam mengerjakan perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Sebenarnya doa-doa ini saya kaitkan dalam kehidupan suami isteri. Pastinya dalam rumah tangga ada ujian-ujian. Kita sebagai isteri mahu kebahagian rumahtangga bersama pasangan.
Di samping kita berdoa dimudahkan urusan, dikurniakan rezeki halal dan hebat buat kita dan suami malah ingin bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ulasan
Catat Ulasan