Siapa yang tak suka percutian percuma? Kalau ada orang offer mesti berebut ramai nakkan tanpa perlu keluarkan modal kos pengangkutan dan penginapan. Syoknya!
Kemas rak ternampak buku tentatif Umrah-Istanbul Shaklee pada 24 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015. Cerita tentang percutian shaklee ni, saya ingin kongsikan pengalaman paling istimewa dan berharga berpeluang mendapat percutian percuma bersama Shaklee dengan pakej ibadah Ziarah Istanbul dan Umrah pada tahun 2014.
Aduh menggamit kenangan betul rezeki yang tak disangka untuk pencapaian bisnes pada tahun 2013 melayakkan kami suami isteri dan anak kami seorang masa tu berusia 4 tahun dapat tajaan Umrah Percuma Shaklee. Allahuakhbar syukur tak terhingga.
Pada tahun itu Umrah Shaklee masih lagi boleh ziarah ke negara lain. Ia pengalaman umrah buat kali kedua kami. Sebelum itu kami pernah menunaikan umrah sendiri. Manakala percutian ke Istanbul adalah pengalaman berharga bila kali pertama dapat jejak kami di bumi Turki.
Percutian Shaklee ni tersangatlah istimewa dan sangat ekslusif dengan pengangkutan melalui flight Turkish Airline manakala penginapan hotel bukan biasa-biasa. Hotel bertaraf 5 bintang yang sangat selesa.
Bermula dari kemasukan bag dari airport KLIA sehingga di bumi Istanbul juga Mekah Madinah bagasi kami semua diuruskan oleh agen Umrah yang dilantik. Kami tak perlu bersusah payah angkat bagasi kami sehingga ke bilik hotel.
Semasa kami ke sana adalah musim sejuk. Maka pakaian yang kami kenakan kena tebal dan sejuk kemain. Lagi-lagi bila gunakan bilik air dan nak amik wudhu dah macam ais pula rasanya. Haha. Menggigil dibuatnya.
Dari segi tempat lawatan pula pastinya sangat menarik dan mengujakan. Pemandangan yang sangat cantik dan bangunan sejarah yang islamik. Di bumi Istanbul tempat lawatan kami di Muzium Topkapi, Masjid SultanAhmed Imperial, Camlica Hill, Dolmabahce Palace serta Hagia Sophia.
Selain tu kami juga menaiki kapal cruise di Selat Bhosporis suatu pengalaman berharga menikmati panorapa atas kapal sambil menikmati coklat panas sangat mengujakan cuaca sejuk. Tak lupa lawatan ke Masjid Muhammad Al Fatih. Bila dah ke sana wajib singgah ke Grand Bazaar juga ye.
Selepas lawatan di Istanbul ini, kami bertolak pula ke Madinah untuk beberapa hari. Kemudian ke Mekah untuk tunaikan ibadah Umrah. Di tanah suci ini kami dapat ziarah ke masjid-masjid sejarah tinggalan nabi. Pengalaman di Madinah dan Mekah tidak kurang hebatnya.
Dari segi penginapan yang sangat selesa malah makanan yang sangat sedap turut disediakan. Kami tak perlu bersusah payah untuk membeli di luar. Melainkan jika berkeinginan nak cuba makan di luar hotel atau beli ole-ole sahaja menggunakan duit sendiri.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat rasai pengalaman berharga bersama suami dan anak untuk percutian Shaklee ini. Sungguh ia suatu rezeki yang tak disangka-sangka.
Walaupun kini cabaran dalam bisnes Shaklee pasti ada turun naiknya. Percayalah jika dah capai pasti ia menjadikan ia satu pengalaman yang tak dapat dilupa.
Ulasan
Catat Ulasan