Pantang Larang Dalam Bisnes Online Di Media Sosial

Assalamualaikum dan salam bahagia. 

Saya nak share tips bisnes online terutama mereka yang sedang buat bisnes online. Sekarang bisnes online dah jadi satu trend yang ramai kongsikan di pelbagai media sosial. 

Trend sekarang pula adalah trend reel video di facebook,instagram atau share video di tiktok. Dah namanya buat video mestilah kena beranikan dari segi perbuatan dan percakapan. Nak tunjuk muka pun kenalah berani juga bukan malu-malu kucing. Hihi. 

Bila dah terjebak dalam bisnes online. Kita kena jaga ktediniliti kita. Ada pantang larang yang kita kena ikut. Saya kongsikan tips bisnes online pantang larang dalam penulisan atau percakapan di media sosial. Tips ni saya dapat masa ikuti kelas online beberapa tahun yang lepas. 


PANTANG LARANG DALAM BISNES ONLINE DI MEDIA SOSIAL 



1. Meroyan macam nenek kebayan dan berleter mengalahkan mak jemah masa rewang di medsoc. Orang yang membaca dan mendengar pun boleh menyampah. 

2. Menulis atau berkata-kata tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu (finger pointing). Diam lebih baik ye gais.

3. Menulis atau berkata cerita berbentuk perli atau sindiran (troll).

4. Menulis atau kongsi video dengan niat mempermainkan sesuatu isu semasa (parody). Ini namanya bisnes tak cukup huru hara maka banyak benar masa nak berparodi.

5. Perasan diri bagus dari orang lain. Malu lah sikit. Samada dari segi penulisan atau percakapan perlulah kita jaga supaya tidak merasa bangga diri atau berlagak.

6. Post syok sendiri (menulis post krik krik, tiada atau kurang yang membaca post anda). Padan muka.

7. Tiada engagement atau interaksi dengan audiens. Ringankanlah jari tu balas/reply komen orang kat wall awak tu. 

8. Menulis dengan diikuti dot dot dot (.....). Sesekali tulis ... tidak mengapa. Yang jadi masalah, jika dalam satu perenggan ada sampai 20-30 dot dot dot.

9. Nada ayat monotonous /sekata. Sulamkan dengan penulisan serious, kekadang kelakar, kekadang berbentuk nasihat, kekadang fun gila-gila.

10. Ayat terlalu meleret. Ringkaskan seringkas yang boleh. Belajar tulis ayat pendek. Rajin letak noktah.

11. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau terlalu hendak memperbetulkan orang lain. Perghh sesekali okay bro. Kalau selalu sangat, orang meluat.

12. Penggunaan kata seru yang berlebihan (!!!!) Kata seru ini ibarat menjerit kat tepi telinga orang. Guna sesekali sahaja. 


Jadi rakan-rakan bisnes yang lain. Mungkin ada lagi pantang larang yang uols tahu. Sekadar berkongsi semoga kita semua berniaga dengan lebih jujur dan berkat tanpa menyakitkan hati sesiapa.

Ulasan