Assalamualaikum dan salam bahagia pembaca semua.
Sihat ni suatu rahmat dan kita harus bersyukur jika kita masih dikurniakan kesihatn yang baik malah dipanjangkan umur hingga ke harini. Sakit pula suatu ujian buat seseorang samada sakit fizikal mahupun mental.
Semua orang nak berada dalam kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit. Betul tak? Tak terkecuali juga sakit. Tipulah kalau seumur hidup ini tidak diuji dengan masalah kesihatan. Namun Alhamdulillah sakit yang boleh sembuh.
Saya yakin antara kita semua pasti alami masalah kesihatan samada ia teruk atau tidak. Sakit melibatkan emosi juga kena ambil kira. Saya juga tidak terkecuali diuji pernah sakit gastrik pedih perut tak boleh nak cakap.
Pernah mengalami simptom gerd sampai susah nak bernafas disebabkan pedih ulu hati asid reflux dalam badan. Sakit yang melibatkan mental juga bila diserang panic attack dan anxiety hingga rasa takut untuk tidur risau takut mati masa tidur.
Orang yang alami macamni je tau sakit macam mana. Susah nak bernafas dengan betul dengan rasa nafas pendek sampai rasa nak hilang nyawa. Nak mati ke aku ni? Rasa nak menangis je Alhamdulillah dikurniakan suami yang memahami dan bantu isteri bila diuji sakit begini.
Bila dah sakit tu kan, memang kena control pemakanan. Masa sakit kita akan rasa sihat tu suatu rahmat. Jadi dah alang cerita pasal sakit mestilah kita nak sihat. Alhamdulillah saya kini sihat sepenuhnya. Semoga sakit tu tak datang balik.
Dah alang-alang cerita pasal nak sihat ni. Ia semua bergantung kepada amalan gaya hidup sihat kita. Banyak kali kan dengar pasal ni. Jadi nak juga saya kupas untuk perkongsian kalini. Untuk info saya dan pembaca bersama.
Kunci kepada kehidupan yang sihat adalah mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti:
- Mengamalkan diet yang sihat
- Lakukan aktiviti fizikal
- Tidak merokok atau menghisap vape
- Belajar mengatasi stress
- Minum air kosong secukupnya
Amalan Gaya Hidup Sihat
- Pilihlah pelbagai jenis hidangan dan saranan KKM sendiri amalkan pinggan sihat suku-suku separuh.
- Makan ikut waktu makan utama iaitu pagi, tengahari dan malam.
- Amalkan pemakanan ikut piramid makanan yang betul dan pengambilan kalori yang betul.
2. Lakukan aktiviti fizikal
3. Tidak merokok dan menghisap vape
kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
- Melengahkan-lengah
- Minum banyak air
- Menarik nafas panjang
- Membuat sesuatu
- Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
- Mengunyah sesuatu
- Membasuh tangan
- Mandi dengan kerap
- Melakukan senaman regangan
- Memohon doa
4. Belajar Mengatasi Stress
- Berfikir secara positif
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
- Belajar menyukai diri sendiri
- Belajar bertenang
- Adakan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Dapatkan tidur yang cukup
- Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
- Bersifat tegas/asertif
- Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Ulasan
Catat Ulasan